Ruang – Maksima Ruang Kediaman – Glam Malaysia

Ruang – Maksima Ruang Kediaman

[tps_header]Saiz kediaman yang semakin terhad menjadikan anda perlu semakin bijak untuk memaksimakan ruang. Jangan bazirkan ruang kerana selain nampak kemas ia juga mampu menambah elemen dekorasi pada ruang-ruang tertentu. [/tps_header]

Utiliti Ruang Tamu

Ruang tamu merupakan antara yang memerlukan simpanan yang praktikal kerana ruang ini merupakan lokasi anda menerima tetamu. Kotak simpanan yang ditindih bertingkat pastinya tidak kelihatan menarik tatkala kunjungan tetamu. Pelbagai sistem penyimpanan boleh digunakan seperti sistem rak bersekali konsol televisyen.