#StayHomeWithGD: Sajian Kek Pisang Karamel
[tps_header]Kebosanan pasti melanda kala fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Jangan khuatir, hilangkan kebosanan dengan hobi baru yang boleh dicuba iaitu mencuba resipi-resipi enak. GLAM Deko kongsikan sajian kek pisang karamel yang boleh dicuba.[/tps_header]
Bahan-Bahan Kek
3/4 cawan mentega tanpa garam dilembutkan pada suhu bilik
3/4 cawan gula putih
3/4 cawan gula perang
3 biji telur saiz besar
3 cawan tepung serba guna
1 1/2 sudu kecil serbuk soda
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan susu
2 sudu kecil esen vanila
4 hingga 5 biji pisang dilenyekkan
1 1/2 sos karamel
Bahan-bahan Sos Karamel
2 cawan krim
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan air
1/4 cawan mentega
1/2 sudu kecil garam
Bahan-bahan Krim Mentega Karamel
1/2 cawan mentega tanpa garam
1/2 cawan sos karamel
1 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu kecil garam
1 1/2 cawan gula hangus
Cara Menyediakan Kek Pisang Karamel
- Panaskan ketuhar pada suhu 325 darjah celsius. Sediakan tiga dulang pembakar berukuran 9 inci dan sapukan mentega di atas permukaan dulang.
- Pukul mentega bersama gula putih dan gula perang sehingga gebu.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga adunan menjadi ringan.
- Satukan tepung bersama serbuk soda dan garam dalam mangkuk berlainan.
- Satukan susu bersama esen vanila, pisang dan adun sebati.
- Kemudian, masukkan adunan tepung berselang dengan adunan susu pisang tadi. Pukul adunan sebati.
- Tuangkan adunan kek ke dalam dulang pembakar.
- Masukkan 1/2 cawan sos karamel ke atas setiap aduanan kek tadi. Sebatikan sos karamel ke dalam adunan kek menggunakan sudu.
- Bakar kek selama 40 minit atau sehingga kek masak
- Biarkan kek sejuk sebelum menghias dengan krim.
Cara Menyediakan Sos Karamel
- Panaskan krim di dalam pan di atas suhu api sederhana. Jangan biarkan krim mendidih.
- Panaskan gula bersama air di dalam pan berlainan di atas suhu api sederhana sehingga gula cair keperangan.
- Kemudian masukkan krim ke dalam adunan gula. Kacau sebati.
- Masukkan mentega dan garam dan kacau adunan sehingga sebati.
- Perlahankan suhu api dan biarkan karamel mendidih selama 5 minit atau sehingga karamel memekat.
- Biarkan karamel sejuk.
Cara Menyediakan Krim Mentega Karamel
- Pukul mentega bersama sos karamel, esen vanila dan garam sehingga gebu.
- Masukkan gula dan pukul lagi selama 2 hingga 3 minit atau sehingga adunan ringan gebu.