Beg Dior: Ini Lima Yang Wajib Anda Miliki – Glam Malaysia

Beg Dior: Ini Lima Yang Wajib Anda Miliki

[tps_header]Dior menjadi pilihan wanita, kerana ia memiliki fesyen yang lengkap. Ceraian bajunya kini amat mudah digayakan, terima kasih kepada Maria Grazia Chiuri. Tetapi yang tetap meraja adalah himpunan beg Dior! Setiap tahun ada sahaja beg baharu yang dipersembahkan. GLAM kongsi lima beg yang wajib wanita GLAM miliki untuk melengkapkan gerobok aksesorimu![/tps_header]

DIOR BOBBY EAST-WEST

Pertama kali Maria Gracia Chiuri memperkenalkan beg Bobby pada musim luruh 2020. Namanya diambil daripada haiwan peliharaan, Christian Dior bernama Bobby. Rekaannya pula menzahirkan karakter elegan yang menjadi nadi Dior. Tahun in pula menyaksikan kelahiran Dior Bobby East-West yang berstruktur lebih memanjang. Datang dengan tali panjang yang boleh dilaras pendek untuk dipakai dengan pelbagai opsyen. Tawaran gaya elegan untuk siang hingga ke acara malam.