Nick Cannon Berduka Atas Pemergian Cahaya Mata Bongsu Akibat Kanser
Pengacara, pelakon dan pelawak, Nick Cannon menyampaikan satu kisah duka bahawa puteranya yang baru berusia lima bulan telah menemui Sang Pencipta.
Kala insan lain bergembira membuat persiapan menyambut ketibaan Hari Natal, Nick pula meratapi pemergian Zen Scott Cannon akibat barah otak.
Zen merupakan cahaya matanya yang ketujuh hasil perkongsian hidup dengan teman wanitanya yang merupakan seorang model, Alyssa Scott.
Dia berkongsi khabar duka itu menerusi episod baharu Nick Cannon Show sebelum dimuat naik di saluran YouTube miliknya tiga hari lalu.

Foto: Perez Hilton

Foto: Instagram
0 Comments