Olivia Munn Kini Bergelar Ibu
Bintang Love Wedding Repeat, Olivia Munn selamat melahirkan cahaya mata sulungnya secara rahsia pada bulan November.
Sempena perayaan Hari Natal tiga hari lalu, Olivia memperkenalkan buah hati pengarang jantungnya buat kali pertama kepada umum.
Pelakon berusia 41 tahun itu mengumumkan kelahiran cahaya mata lelakinya bersama pelawak, John Mulaney menerusi satu hantaran di Instagram.
Dia berkongsi sekeping foto bayinya yang dilihat sedang lena beradu berserta nama yang merupakan gabungan Scotland dan Vietnam.

Foto: Shutterstock
0 Comments