Gubahan Bunga Dalam 5 Langkah Mudah
Gubahan bunga di ruang kediaman anda kelihatan membosankan dan tidak sesuai dengan hiasan ruang kediaman anda? Glam Deko kongsikan gubahan bunga dengan 5 langkah mudah yang sesuai untuk anda yang sibuk bekerja.
- Sediakan bahan asas seperti bunga, daun, gunting, dawai, pita pelekat untuk bunga juga pasu hiasan.
- Potong bunga mengikut saiz pasu yang anda mahu gunakan. Buang daunnya dan cantumkannya secara rapat. Ikat menggunakan dawai halus.
- Gabungkan pula daun hiasan yang anda pilih.
- Pastikan ketinggian antara bunga dan daun anda selaras apabila diletakkan bersama. Ikatkan keduanya bersekali.
- Letakkan di dalam pasu hiasan dan isikan dengan air. Tukar air setiap tiga hari untuk memastikan ia kekal segar
0 Comments