Gaya Daring Kaca Mata Hitam – Glam Malaysia

Gaya Daring Kaca Mata Hitam

[tps_header]

Kaca mata hitam bukan lagi sebagai pelindung diri daripada panahan cahaya matahari tetapi sebagai penentu gaya pada hari itu. Apakah pilihan kamu sehebat enam selebriti pilihan ini?

 

Melangkah dengan memakai kaca mata hitam, paling gelap paling elegan, lebih besar lebih gaya dan yang paling berjenama pastinya menjadi lambang status diri. Memilih bentuk kaca mata sepadan tema pakaian setiap hari ternyata lebih sukar.

 

Panduanmu semestinya melirik gaya selebriti antarabangsa ini. Gaya mereka pastinya menjadi penentu pilihan kamu.

[/tps_header]

 

 
 
 

LIV TYLER

 

Memerhatinya di media sosial, hari ini anak penyanyi rock Steven Tyler ini berada di London, esoknya di New York dan terbaru dia ke Tokyo, Jepun. Liv dilihat bergaya memakai Givenchy pada lawatannya kali ini.