Tips Mekap Platinum 24/7
[tps_header]
Think platinum. Think GLAM.
Siapa kata mekap berona perak hanya untuk acara-acara bertema sahaja? Bukan sahaja ia dapat mencuri perhatian dengan sekali pandang, ianya juga dapat memberikan look anda kelihatan lebih edgy, tanpa melampaui sifat chic gadis-gadis fesyen!
Sempena The Platinum Issue, kami di GLAM akan menunjukkan cara memakai persolekan berilhamkan unsur-unsur platinum yang sesuai dipakai pada bila masa jua! Biar mekap berbicara.
[/tps_header]
1. Gincu
Let’s be honest here: tiada look akan lengkap tanpa gincu. Gincu bewarna silver sememangnya pilihan janggal yang hanya dapat digayakan oleh gadis-gadis fesyen yang bold sahaja. Namun, jika dikenakan dengan rona yang betul, bibir perak memberikan pemakai rasa yang lebih avantgrade tanpa mengkompromi keayuan.