Transformasi Fesyen Meghan Markle Sebagai Duchess of Sussex
Sejak hubungannya bersama Putera Harry menjadi umum, Meghan Markle telah menerima lebih perhatian daripada pengikut tegar kerabat diraja England, media serata dunia dan juga peminat-peminatnya yang semakin bertambah. Malah dunia fesyen juga kini memberikan lebih tumpuan kepada Duchess of Sussex kini dalam setiap artikel pakaian yang dipilih dan dikenakan tatkala menghadiri acara-acara rasmi mewakili kerabat diraja. Jika dahulu Meghan tidak segan untuk mencuba stail-stail menarik acap kali dia membuat kemunculan semasa minggu fesyen. Namun sejak bergelar Mrs. Prince Harry, Meghan menukar arah stailnya dengan stail yang lebih kemas dan chic dengan bantuan nama-nama besar dunia fesyen seperti Givenchy, Dior, Ralph Lauren, dan Roland Mouret. GLAM himpunkan setiap look yang dikenakan oleh Meghan selepas bergelar Duchess of Sussex.