Resipi Hujung Minggu – Mango Mousse
[tps_header]
Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Patrick Chan
Buat pencinta manisan, jika berkesempatan bercuti di Brunei, kafe Mr. Baker’s Bakeshop adalah syurga kek dan pastri yang perlu dikunjungi. Menepati gaya hidup lebih sihat dan sejahtera, Mr. Baker’s menghasilkan produk roti, kek dan pastri yang berkhasiat lagi kaya nutrisi untuk dinikmati tanpa rasa bersalah. Menu kek dan pastri yang ada menggunakan bahan-bahan bermutu dan segar berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kek lobak merah, Mango Mousse dan tart buah-buahan. Di hujung minggu ini, boleh cuba resipi istimewa yang ringkas dan mudah, Mango Mousse dari kafe Mr. Baker’s Bakeshop untuk dinikmati bersama keluarga.
Mango Mousse
Bahan – bahan
2 biji mangga
¼ cawan susu pekat
¾ cawan krim putar
7 gm gelatin
4 sudu besar air
Cara menyediakan
- Kisar mangga sehingga menjadi puri.
- Cairkan gelatin dan campurkan ke dalam puri mangga. Ketepikan dan biarkan sejuk.
- Pukul krim putar sehingga ringan dan gebu.
- Masukkan puri mangga ke dalam adunan krim putar. Gaul sebati.
- Masukkan adunan ke dalam gelas untuk menghidang.
Mango Mousse enak dihidang sejuk dan segar.
[tps_footer] Arkib GLAM Deko June 2018 [/tps_footer]