Ruang – Inspirasi Oasis Kehijauan
[tps_header]Memiliki ruang terhad tidak menghalang penghuni mencipta santuari hijau di kediaman. Tidak memerlukan dedikasi pojok tertentu, cukup sekadar bijak memanipulasi ruang seadanya. Ketahui cara betul membawa masuk kehidupan semulajadi di dalam kediaman tanpa merumitkan kehidupan dan perbelanjaan.[/tps_header]
Taman Langit
Menjimat reka ruang lantai, alternatif siling adalah pilihan terbaik. Pilih tanaman yang tidak terlalu berat dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Orkid liar, lidah buaya, antara spesies tumbuhan yang sesuai dijadikan penghuni taman langit. Pilih pasu jenis kaca telus seperti botol kitar semula agar anda dapat meneliti tumbuhan dari akarnya. Pastikan air tidak mengalir keluar, jika tidak usaha ini mendatangkan permasalahan lain; lantai kayu mereput dan sebagainya.