Top Trend Rekaan Dapur Bagi 2020
[tps_header]Tahun baru adalah waktu terbaik untuk mengubah suai kediaman kepada sesuatu yang lebih segar. Ruang pertama yang boleh dimulakan ialah dapur kerana ia adalah jantung utama kepada kediaman. Sekiranya anda berfikir untuk melakukan pengubahsuaian dapur atau hanya mahukan ilham, berikut adalah beberapa trend rekaan dapur 2020 dikongsi oleh Cosentino yang boleh memberi inspirasi untuk mencipta dapur ideal anda.[/tps_header]
Back To Black
Terdapat satu trend baru yang sedang mengambil alih populariti konsep dapur all-white. Sama seperti Instagram yang kini mempunyai dark mode, konsep dapur berwarna hitam adalah sesuatu yang berani dan tidak membawa maksud suram. Konsep ini sebenarnya lebih sleek, chic dan tampak lebih elegan. Dengan penambahan cahaya semula jadi yang banyak, konsep dapur hitam anda pasti nampak lebih menarik dan sofistikated.

Silestone® Negro Tebas