Ruang – Pilihan Permaidani Buat Ruang Kediaman
[tps_header]Hamparan permaidani menyempurnakan keseluruhan dekorasi dan konsep kediaman. Ramai yang silap menyuai padan hamparan permaidani mengikut fungsi setiap ruang di kediaman. Ketahui lebih mendalam jenis-jenis dan kriteria rekaan permaidani yang sesuai untuk setiap ruang yang dikongsi oleh Pereka Hiasan Dalaman Frank De Biasi.[/tps_header]
KAMAR BERADU
Bilik tidur perlu dicipta sebagai santuari peribadi yang tenang, harmoni dan aman. Hamparan permaidani tenun kapas, wool dan sutera berwarna terang pastel adalah pilihan ideal untuk ruang ini. “Di bilik tidur, setiap penghuni mula berhibernasi, dan perlu berada dalam suasana bahagia dan mendamaikan. Saya tidak akan sesekali mengenakan hamparan permaidani gelap di sini. Saya sukakan simbahan palet cerah dan zen-light,” kata pereka hiasan dalaman, Frank de Biasi. Pesan de Biasi lagi, elakkan fabrik vinyl terutama yang memiliki perincian dramatik seperti benang metal.