5 Petua Kecantikan & Kesihatan Kerabat Diraja – Page 4 – Glam Malaysia
5 Petua Kecantikan & Kesihatan Kerabat Diraja

5 Petua Kecantikan & Kesihatan Kerabat Diraja

Wangian Rumusan Khas Dari Floris London

Jenama wangian terkenal sejak berkurun lalu, Floris London telah diberikan waran Diraja pada tahun 1820 dan mempunyai sejarah panjang dengan keluarga Diraja Britain. Menurut Harper’s Bazaar, jenama itu mencipta wangian yang dirumus khas untuk majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle pada 2018. Mendiang Ratu Elizabeth II juga dilaporkan memakai wangian mawar putih Floris pada hari perkahwinannya. Vogue Arabia mengesahkan bahawa Raja George IV, Winston Churchill dan Marilyn Monroe juga pernah menjadi pelanggan mereka.

Foto: Daily Mail