6 Rahsia “No Make-Up Look”
GLAM kongsikan produk perlu ada untuk mendapatkan solekan natural yang dikenali sebagai “no make-up” look dengan mudah!
1. Primer
Primer adalah asas paling utama untuk memastikan solekan bertahan sepanjang hari. Pilih primer bebas minyak untuk mendapatkan solekan flawless.
2. Bedak Asas
Bedak asas terdiri daripada beberapa jenis tekstur iaitu cecair, krim, mousse dan kompak kusyen. Ia penting untuk meratakan tona kulit dan menutup cela di wajah. Untuk hasil lebih natural, guna bedak asas bertekstur mousse.
3. Highlighter
Highlighter berfungsi untuk membuat kulit anda kelihatan segar dan “dewy”. Oleskan pada tulang pipi, hidung dan lekuk bibir.
4. Pemerah Pipi
Pemerah pipi berfungi untuk menaikkan seri wajah. Pastikan anda memilih warna lembut supaya tidak kelihatan keterlaluan.
5. Kening
Kening adalah fokus utama yang menjadi tarikan pada wajah. Pilih penggaris kening jenis maskara untuk hasil lebih natural.
6. Bibir
Pilih tona warna nude/blush yang sesuai dengan kulit supaya tidak kelihatan pucat.
Gambar: Sephora Malaysia