7 Jenama Kecantikan Terkenal Milik Selebriti Lelaki – Page 3 – Glam Malaysia
7 Jenama Kecantikan Milik Selebriti Lelaki

7 Jenama Kecantikan Terkenal Milik Selebriti Lelaki

Humanrace, Pharrell Williams

Pemuzik dan pengarah kreatif pakaian lelaki Louis Vuitton, Pharrell Williams melancarkan jenama penjagaan kulit Humanrace pada tahun 2020. Dibangunkan bersama pakar dermatologi NYC, Dr Elena Jones, jenama itu menawarkan produk kecantikan menarik termasuk set rawatan muka tiga langkah amalan Pharrell.

jenama kecantikan selebriti lelaki

Foto: British GQ

Berharga RM491, ia mengandungi Rice Powder Cleanser, Lotus Enzyme Exfoliator dan Humidifying Cream. Jenama ini popular di kalangan Gen Z di TikTok. Humanrace turut mengeluarkan produk lain seperti tabir suria, penjagaan badan, pakaian sukan dengan kerjasama Adidas serta barangan seramik.