7 Jenama Kecantikan Terkenal Milik Selebriti Lelaki – Page 5 – Glam Malaysia
7 Jenama Kecantikan Milik Selebriti Lelaki

7 Jenama Kecantikan Terkenal Milik Selebriti Lelaki

Loved01, John Legend

Melihatkan penampilannya yang sentiasa muda, tidak menghairankan apabila John Legend turut menceburi industri kecantikan pada tahun ini. Rangkaian penjagaan kulit dan tubuh ini dirumus untuk kulit tinggi kandungan melanin dengan pH sedikit berasid untuk mengekalkan lembapan dan mengekalkan rintangan kulit yang sihat.

Foto: USA Today

Ia termasuk produk yang diluluskan oleh pakar dermatologi seperti pencuci muka, pelembap, skrub, penyembur wajah, minyak dan krim pencukur. Loved01 popular di kalangan pengguna kerana harganya yang amat berpatutan, tidak melebihi RM67.