7 Jenama Kecantikan Terkenal Milik Selebriti Lelaki – Page 6 – Glam Malaysia
7 Jenama Kecantikan Milik Selebriti Lelaki

7 Jenama Kecantikan Terkenal Milik Selebriti Lelaki

S’Able Labs, Idris Elba

Pada 2022, Idris Elba dan isterinya, Sabrina melancarkan jenama penjagaan kulit S’Able Labs (‘Elba’ dieja secara terbalik). Pasangan itu membangunkan barisan penjagaan kulit uniseks yang terdiri daripada pembersih, penyegar dan pelembap.

Foto: Instagram

Kebanyakan sumber bahan jenama ini datangnya dari Afrika termasuk pokok baobab dan daun qasil. Seperti yang tertulis di laman web, syarikat itu berjanji untuk menderma lima peratus daripada keuntungan jualan produk bagi menyokong organisasi Farm Africa, dengan derma minimum sebanyak RM80,000 setahun.