Anugerah Drama Sangat,Ini 5 Selebriti Tampil Paling Cantik Pilihan GLAM – Page 3 – Glam Malaysia
Drama Sangat 2023

Anugerah Drama Sangat,Ini 5 Selebriti Tampil Paling Cantik Pilihan GLAM

#3 Sweet Qismina

Walaupun gaya rambut yang digaya Sweet bukanlah sesuatu yang baharu di dalam trend kecantikan global hari ini. Namun apabila diriaskan pada si cantik manis Sweet Qismina, serta merta membuatkan gaya keseluruhannya tampak menarik. Amy Nadia menggayakan dandanan rambut ponytail tinggi, kemudian ditata butiran mutiara putih di atas kepalanya. Solekan pula mulus dan manis hasil Aus Hamdan ini menampilkan sisi lembut bak bidadari Sweet Qismina.

Gambar: @amyynadiaa