Apakah Itu Topical Steroid Withdraw Yang Kini Di Alami Tengku Chanela Jamidah? – Page 2 – Glam Malaysia
Tengku Chanela Jamidah

Apakah Itu Topical Steroid Withdraw Yang Kini Di Alami Tengku Chanela Jamidah?

Bagaimana hendak tahu apabila terkena Topical Steroid Withdrawal ini?

Selepas beberapa hari atau minggu anda berhenti mengamalkan steroid, anda akan mula merasakan kulit seakan terbakar, bisa dan kulit mula menjadi merah kecerahan. Ada juga yang akan mengalami bengkak-bengkak, kesemuanya bergantung kepada tahap kulit anda terhadap kesan ini.

Pastikan anda berjumpa doktor pakar jika anda mengalami masalah kulit sensitif seperi eczema atau sebarang jangkitan kulit. Ini adalah penting kerana pihak pakar akan melaksanakan prosedur yang betul dalam memandu dan menyelia anda secara terperinci dalam menghentikan penggunaan steroid dengan betul.

Tengku Chanela Jamidah

Gambar: @tcjamidah

Ikuti perjalanan dan pengalaman Tengku Chanela Jamidah dalam menjalani kehidupannya bersama TSW di platform media sosial miliknya. Juga di dalam pada masa yang sama, ayuh sama-sama kita memberi sokongan terhadap beliau dan rakan-rakan sekeliling yang tidak kita sedari mengalami masalah yang sama. Sudah tiba masanya untuk kita memupuk isu ini agar lebih ramai mendapat kesedaran terhadap isu ini.

 

Pautan Berkaitan: Sejenak Bersama Tengku Chanela Jamidah