Atlet Wanita Kekal Cantik
Shannon Rowbury
Atlet Olimpik Rio ini memilih untuk mengenakan aksesori tindikan septum dan anting-anting, dengan padanan gincu merah jambu terang dan pemerah pipi yang lebih bersahaja buat penampilan segar ketika beraksi.

Shannon Rowbury. Photo: Pinterest
[tps_footer]
Selain itu, tentu sekali gaya hidup yang aktif membuatkan anda terdedah kepada cahaya matahari secara langsung, pencemaran udara luar, dan sebagainya. Jangan bimbang, kerana Glam menghimpunkan tiga produk yang dinilai dengan teliti, mampu membuatkan diri anda lebih bersedia untuk menempuh cabaran yang seterusnya!
1. SK-II Facial Treatment Essence
Dengan formula unik dan inti pati yang dibungkus oleh 90% Pitera, ia menyediakan banyak manfaat buat penjagaan kulit, termasuk penghidratan hebat untuk kulit kering yang memerlukannya. Bukan sahaja sebagai produk “Number 1 Summer Skincare Essential”, SK-II juga adalah jenama prestij global yang memberi inspirasi kepada wanita dengan mengadaptasi atlet-atlet Olimpik untuk mengumumkan perihal #NOCOMPETITION di dunia media sosial, dalam usaha untuk menyampaikan mesej bahawa kecantikan bukan salah satu pertandingan.
2. Sisley Paris Phyto Hydra Teint
Pelembab berwarna dengan perlindungan mineral SPF 15, membekalkan kulit dengan kelembutan dan keselesaan tekstur kulit licin. Diperkaya juga dengan ekstrak grapefruit yang kaya dengan asid sitrik, ekstrak buckwheat, bahan aktif anti-pencemaran, dan vitamin E, yang mampu memberi perlindungan serta cahaya penuh buat kulit wajah selama lapan jam. Produk ini sesuai buat wanita yang sedang mencari formula serba boleh setanding gaya hidup aktif untuk rutin kecantikan yang lebih berkesan.
3. Nudestix Magnetic Lip Plush Paints
Girls just want to have fun, atau lebih realistik lagi, kaum wanita lebih menghargai produk all-in-one yang memberi fungsi versatile kepada pengguna. Magnetic Lip Plush Paints ini bukan sahaja mampu mewarnai bibir, tetapi sesuai buat pipi dan mata. Koleksi mengagumkan ini terdiri daripada tujuh warna monokromatik, dirumus khas dengan lapan ekstrak semula jadi dengan tekstur lebih ringan, tidak mengeringkan dan tahan lama.
[/tps_footer]