Cedok Inspirasi Gaya Rambut Selebriti Pilihan GLAM – Page 6 – Glam Malaysia
Gaya Rambut Selebriti

Cedok Inspirasi Gaya Rambut Selebriti Pilihan GLAM

Tip Penjagaan Rambut Panjang ala Gaya Rambut Selebriti

1- Elakkan membasuh rambut setiap hari bagi memastikan rambut tidak kering dan lebih sihat. Ini kerana jika anda kerap membasuh rambut, ia akan mengakibatkan rambut menjadi rosak, mudah putus dan hilang seri kerana bahan kimia pada syampu telah menyahkan minyak asli yang ada pada rambut. Tidak semestinya jika kulit kepala anda berminyak, ada perlu membasuhnya sekerap yang anda sangka. Saranan kami gunakan syampu kering.

2- Trim rambut apabila tiba masanya. Ini bagi mengelakkan rambut menjadi kusut dan mudah rapuh. Bayangkan rambut yang panjang jika dibiarkan tanpa di trim akan menyebabkan hujung rambut mudah terbelah dua dan kemudian membuatkan rambut nampak buruk dan tidak sihat. Seeloknya kunjunglah ke salon rambut setiap bulan untuk rawatan trimming bagi mengekalkan kecantikan rambut anda.

3- Jika anda seorang yang suka menggayakan rambut, pastikan anda menyembur atau menyarung produk pelindung haba pada rambut anda. Baik ketika menggunakan alat peranti seperti straightener, pengering atau penggulung rambut, wajib untuk anda menyapu produk pelindung dahulu. Ini kerana anda tidak mahu setiap helaian rambut kamu menjadi kering langsung rapuh dan putus dengan mudah. Tip kami, jika anda ingin meniup kering rambut anda, pastikan anda membiarkan rambut basah anda kering secara semula jadi selama beberapa minit, kemudian barulah menggunakan alat peranti ini. Ia bertujuan bagi mengurangkan kadar masa yang anda luang menggunakan alat haba ini.

 

Pautan Berkaitan: Diet Pelik Amalan 4 Atlet Selebriti Terkenal Dunia