Guerlain Menampilkan Angelina Jolie Dalam Kempen Wangian Mereka
Kempen wangian terbaru Guerlain, Mon Guerlain, yang menampilkan pelakon dan aktivis Angelina Jolie akhirnya dikeluarkan oleh jenama kecantikan Perancis itu baru-baru ini.
Guerlain berkongsikan sekeping foto di Instagram mereka yang menunjukkan Angelina Jolie kelihatan menawan dan memegunkan seperti biasa:
Jenama tersebut turut mengeluarkan video rasmi kempen tersebut yang diberi tajuk “Notes of a Woman” dengan penampilan Angelina Jolie ibarat berada di alam mimpi.
“Notes of a Woman“: the story of the fragrance creation that embodies modern femininity. #MonGuerlain pic.twitter.com/vojGu52ZJA
— Guerlain (@Guerlain) 2017년 2월 27일
Angelina juga telah membuat keputusan untuk mendermakan semua bayarannya melalui kempen ini kepada badan kebajikan pilihannya.
Wangian Mon Guerlain ini boleh didapatkan di sephora.com pada harga $66.