Sejenak Bersama Pempengaruh Digital, Khainina Khalil
3- Sebagai seorang beauty influencer, apakah erti self-love pada anda?
Self love bagi saya ialah self acceptance. Terima segala keburukan, kekurangan, ketidaksempurnaan pada diri kita. Jika kita sudah redha untuk menerima, secara automatik kita akan sayang diri kita seadanya. Nampak mcm mudah, tetapi sebenarnya susah bagi semua orang, tidak kira lelaki atau perempuan.
4- Anda sering berkongsi info tentang teknik perfume layering, bagaimanakah boleh tercetusnya idea teknik ini?
Saya memang gilakan haruman sejak kecil, saya suka menyembur haruman milik ibu. Idea layering itu datang bila ada this one time, saya sudah menyarung satu haruman yang saya tidak berapa suka, kemudian saya semburkan haruman yang lain kononnya untuk menyembunyikan bauan sebelum itu.
Surprisingly it turned out so nice, dan ketika itu saya langsung punya idea tentang terma “perfume layering” ini. Bila saya pergi ke majlis haruman dan menonton video di YouTube, barulah saya sedar akan kewujudannya. Daripada situlah saya try & error dengan pelbagai Haruman.