Miliki Wajah Menawan Dengan True Island Alaska Aqua – Page 2 – Glam Malaysia

Miliki Wajah Menawan Dengan True Island Alaska Aqua

[tps_title]True Island Alaska Aqua Toner, 100ml, RM75[/tps_title]

Toner jenis gel ini mengandungi asid hyaluronik dan 14 jenis ramuan botani bagi menguatkan sel dan melembapkan kulit wajah. Ia sangat berkesan dalam menenangkan kulit yang sensitif. Kesegaran Alaskan Glasier Water dapat dirasakan apabila toner disapukan pada wajah.

 

Asid hyaluronik yang terkandung dalam produk ini turut mempunyai kebolehan pemulihan dan boleh meningkatkan kandungan lembapan dalam kulit, menenangkan dan mempertahankan sel kulit daripada kehilangan lembapan. Asid hyaluronik juga mempunyai sifat antioksida untuk melindungi kulit dari kotoran, pendedahan cahaya matahari dan bahan kimia yang berbahaya.

 

Ia juga mengandungi niacinamide (vitamin B3) yang dapat membantu untuk memulihkan masalah liang pori besar, nada kulit tidak sekata, garis halus, kulit kusam dan permukaan kulit yang lemah.

 

Empat belas bahan botani yang terkandung di dalam toner ini termasuk witch hazel, ekstrak tumbuhan yang sering digunakan dan mempunyai sifat antioksidan yang tinggi.

 

Cara Penggunaan: Pamkan dalam jumlah yang mencukupi ke tapak tangan dan urut perlahan ke muka dan leher. Gunakan selepas pembersih buih Alaska Aqua.