Rahsia Solekan Magis Lebaran Dengan Y.O.U Beauty
Y.O.U Beauty

Rahsia Solekan Magis Lebaran Dengan Y.O.U Beauty

Jadikan lebaran tahun ini lebih bermakna dengan Y.O.U Beauty sebagai peneman seri wajah anda. Biarkan keindahan kulit anda bersinar sempurna, segar dan bercahaya dengan koleksi istimewa yang menjamin solekan tahan sepanjang sambutan lebaran.

Menjelang ketibaan Aidilfitri, inilah detik untuk anda memancarkan kejelitaan dari pagi Syawal hingga ke malam yang penuh kemeriahan. Penampilan berseri bukan sekadar hiasan, tetapi kunci pesona yang mencuri perhatian dalam setiap perjumpaan. Untuk memastikan wajah anda kekal menawan sepanjang hari, Y.O.U Beauty mempersembahkan trio produk wajib anda miliki yang bukan sahaja menyempurnakan rupa, malah mengekalkan kecantikan anda supaya tampil penuh keyakinan di setiap momen istimewa.

Sama ada melawat rumah sanak-saudara, merakamkan kenangan indah, atau sekadar menikmati kehangatan bersama orang tersayang, Y.O.U Beauty adalah rahsia kecantikan mudah yang anda idamkan. Direka khas untuk semua jenis kulit, rangkaian ini memastikan solekan anda tahan lama, sempurna tanpa cela, dan bebas minyak, agar anda dapat meraikan Syawal dengan penuh gaya dan keyakinan.

1. Fit-Skin Mattifying Poreless Gel Primer (RM29.90)

Y.O.U Beauty

Rahsia kulit sempurna bermula dengan asas yang mengagumkan! Fit-Skin Mattifying Poreless Gel Primer bukan sekadar primer biasa tetapi dirumus dengan teknologi pore eraser, ia seolah-olah menyamarkan pori anda menjadi hampir tidak kelihatan!

Bayangkan wajah yang kekal bebas minyak dan berseri hingga 16 jam. Tekstur gelnya yang ringan, memberikan kelembapan sempurna tanpa rasa berminyak. Tidak kira berapa banyak rumah yang anda lawati atau berapa banyak gambar kenangan yang diabadikan, primer ini memastikan solekan anda kekal menawan seolah-olah baru digunakan.

2. CLOUD TOUCH Dreamy-Fit Lasting Mesh Cushion (RM49.90)

Y.O.U Beauty

Ingin kelihatan dewy dalam setiap foto raya? CLOUD TOUCH Dreamy-Fit Lasting Mesh Cushion adalah permata tersembunyi dalam koleksi solekan anda! Dengan kandungan 85% bahan penjagaan kulit, produk istimewa ini bukan hanya mempercantikkan, tetapi juga merawat kulit anda dari dalam.

Diformulasi dengan ceramide yang memperkuat skin barrier dan centella asiatica yang menenangkan, ia seperti spa mewah dalam bentuk cushion. Perlindungan SPF30 PA+++ memberikan lapisan keselamatan dari sinaran matahari, manakala teknologi kawalan minyak selama 16 jam menjanjikan wajah yang segar dan natural sepanjang sambutan raya. Nikmati detik-detik bahagia bersama orang tersayang dengan cahaya semulajadi pada wajah yang membuat semua orang terpesona!

3. CLOUD TOUCH Dreamy Makeup Setting Spray (RM19.90)

Y.O.U Beauty

Produk sempurna untuk solekan raya anda! CLOUD TOUCH Dreamy Makeup Setting Spray adalah sentuhan magis yang mengubah solekan biasa menjadi karya seni yang smudgeproof, sweatproof dan transferproof sepanjang kemeriahan Syawal.

Dengan teknologi micro-fine mist, spray ini mengunci solekan dalam masa 5 saat sahaja, memberikan lapisan pelindung yang ringan seperti tiada apa-apa pada wajah. Dilengkapi teknologi kawalan minyak selama 24 jam dan perlindungan anti-oksidasi selama 12 jam, wajah anda kekal segar berseri seperti pagi Syawal yang indah.

 

Anda kini boleh mendapatkan rangkaian produk Y.O.U Beauty di Watson berhampiran anda. Jangan lepaskan peluang untuk tampil menawan sepanjang Syawal ini!

 

Artikel berkaitan: ‘Glow Your Own Unique’, Y.O.U Membuat Penampilan Sulungnya Di Paris Fashion Week