6 Rambut Selebriti Tempatan Pilihan GLAM Sesuai Untuk Hari Raya
[tps_header]
Ramai yang sibuk mencari baju, beg tangan, selendang dan kasut untuk tampil cantik di pagi Raya. Namun, kami di sini sibuk mencari inspirasi rambut selebriti tempatan untuk kami cedok buat look di pagi Raya nanti. Anda pula bagaimana?
Raya bakal menjelang tidak kurang dari seminggu lagi. Bagaimana dengan persiapan anda? Mungkin sudah 70 peratus siap, kini tinggal hendak mengemas rumah dan melengkapkan menu makan raya sahaja, bukan? Namun, sudahkah anda memikirkan look kecantikan bagaimana yang menjadi pilihan anda untuk digayakan pagi raya nanti?
Kali ini, kami ingin memberikan fokus pada gaya rambut pilihan. Kami mengimpikan sesuatu yang glamor dan tidak keterlaluan untuk acara sebegini. Ini kerana, busana yang digayakan juga sudahpun cukup memukau, jadi solekan dan rambut yang effortless namun masih tampil glamor dan mewah adalah pilihan yang paling tepat sekali. Buat anda yang masih buntu, GLAM bantu anda kongsi 6 gaya rambut selebriti tempatan untuk anda cedok gaya mereka buat look Hari Raya anda nanti!
6 Rambut Selebriti Tempatan Pilihan GLAM
[/tps_header]
#1 Bersanggul seksi ala Siti Saleha
Jika anda seorang yang tidak gemarkan rambut lepas di pagi Raya kerana sibuk menguruskan rendang untuk dihidang buat tetamu yang datang, kami cadangkan anda untuk menggayakan sanggul rendah ala Siti Saleha. Kemudian, tarik sedikit rambut hadapan keluar dari sanggulan tersebut dan dibiarkan berjurai melepasi pipi. Hendak lebih kemas, anda boleh stailkan rambut tersebut dengan gulungan besar agar tampil lebih seksi dan beralun.
Gambar: Instagram Siti Saleha