6 Rambut Selebriti Tempatan Pilihan GLAM Sesuai Untuk Hari Raya
#6 Tocang klasik bak Nadia Brian
Nadia Brian kelihatan seperti wanita Melayu terakhir! Gaya rambut klasik ini adalah antara pilihan yang sesuai digayakan di pagi Raya. Ikatan tocang ini sebenarnya sangat versatil. Anda boleh gayakan tocang tinggi, tocang rendah (seperti Nadia Brian), tocang lipan, tocang dua dan bermacam lagi. Ambil peluang ini untuk bereksperimen dengan gaya tocang mengikut busana anda. Kemudian, tambahkan juga aksesori seperti klip rambut atau riben untuk anda yang sukakan sesuatu yang fun!
Gambar: Instagram Nadia Brian
Pautan Berkaitan: Ketahui 3 Ilham Solekan Raya Terkini Bersama NARS
3 Comments