Selebriti Paling Cantik di Grammys 2023 – Page 3 – Glam Malaysia
Grammys 2023

Selebriti Paling Cantik di Grammys 2023

3- Olivia Rodrigo

Salah satu look kegemaran GLAM! Olivia tampil dengan solekan yang begitu minimal. Inilah definisi “no makeup makeup” terbaik pada kami. Mengenakan gaun hitam daripada Miu Miu, dia bijak dalam memilih solekan ini. Mungkin kerana mahu memberi fokus penuh pada busana yang digayakan. Olivia tampil dengan rambut panjangnya dibiar lepas kemudian dia memastikan bulu matanya kekal terlihat dan bibir mungil dengan sapuan gincu rona nude.

Gambar: @recordingacademy