What’s In The GLAM Beauty Box
[tps_header]
Buat julung kalinya, Pengarang Bersekutu Kecantikan GLAM, Julia Azman tampil sebagai hos dalam episod bersiri di GLAM Channel iaitu GLAM Beauty Box yang menampilkan barisan produk wajib dimiliki setiap bulan. Malah, turut berkolaborasi bersama Team Beauty Desk dalam memilih produk terbaik dan mengulas lebih lanjut dari cara penggunaan dan kelebihannya.
Now this is the beauty box you don’t want to miss! Untuk setiap episod, kita akan menampilkan tema yang berbeza dan sebagai pengenalan bagi episod 1, GLAM membariskan lima produk terbaik daripada penjagaan wajah, wangian, solekan dan peralatan rambut. Antara produk yang bakal buat anda menilik satu persatu adalah:
[/tps_header]
Laura Mercier Pure Canvas Primer Collection, RM168
Koleksi ini terdiri daripada empat primer berbeza mengikut jenis kulit anda termasuklah Essence Supercharged. Dirumus tanpa silikon dan bahan mesra-kulit, ia berupaya memanjangkan tempoh solekan dan memperbaiki struktur kulit wajah. Tidak lupa juga, ia bertindak melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar dan sinaran UV. Sebelum mengenakan solekan, apa kata anda ambil tahu akan tekstur kulit wajah?