15 Gaya Memukau & Gagal Menyerlah Di Oscar 2024
Anugerah Akademi atau Oscar ke-96 yang berlangsung pada 11 Mac di Dolby Theatre, Los Angeles meriah dengan kehadiran selebriti ternama.
Anugerah berprestij yang meraikan filem, sinematografi dan barisan pelakon terbaik ini dihoskan oleh Jimmy Kimmel buat kali keempat. Setiap tahun barisan selebriti yang hadir cuba menampilkan gaya paling glamor dan terbaik di karpet merah Oscar.
Walaupun kebanyakannya tampil menyerlah dengan persalinan segak dan menawan, ada juga yang gagal menonjol atau dicop terburuk.
Lihat gaya bintang terkenal di permaidani Oscar tahun ini
YANG ANGGUN DI KARPET MERAH
Emma Stone tampil manis dalam Louis Vuitton.
America Ferrera berkilau dalam gaun sendat Versace.
Gabrielle Union menyarung Carolina Herrera.
Kirsten Dunst memilih gaun putih suci Gucci.
Lupita Nyong’o memukau dalam persalinan Armani Privé.
Zendaya mencuri tumpuan dalam gaun Armani Privé.
Hailee Steinfeld persis bidadari dalam gaun Elie Saab.
Florence Pugh muncul di karpet merah Oscar 2024 dalam busana rekaan Del Core.
Margot Robbie keluar dari kepompong Barbie dengan menyarung gaun hitam Versace.
Anya Taylor-Joy menyerlah dalam gaun Christian Dior Haute Couture.
YANG GAGAL MENARIK PERHATIAN
Ariana Grande tenggelam dalam gaun kembang Giambattista Valli Haute Couture.
Gaya Eva Longoria dalam gaun Tamara Ralph agak membosankan.
Busana Loewe yang disarung Andrea Riseborough tidak cukup glamor untuk acara malam.
Gaun fabrik kulit rona hijau rekaan Louis Vuitton ini tidak berjaya menyerlahkan penampilan Cynthia Erivo.
Celana kembang Julianne Hough gagal mempamerkan susuknya yang seksi.
Foto: InStyle/Variety/WWD/Getty Images
Baca: Fesyen Karpet Merah Paling Mencuri Perhatian Di Brit Awards 2024