20 Golongan Kerabat Diraja Paling Bergaya Dunia
[tps_title]Marie-Chantal[/tps_title]
Sama ada bergaya kasual menerusi sepasang sut yang digandingkan dengan sepatu Christian Louboutin atau bergaun asimetri putih untuk majlis rasmi, Puteri Greece ini sentiasa mengekalkan kehalusan signature imej estetiknya. Dilahirkan di England namun dibesarkan di Hong Kong dan Switzerland, Marie turut memiliki rangkaian helaian dan aksesori mewah untuk kanak-kanak sejak 2000. Dia juga menulis dan mengilustrasi buku The Frog Prince, siri hikayat dongeng pertamanya.
0 Comments