5 Gaya Gaun Pengantin Sebenar Di Permaidani Merah
Jennifer Lawrence
Pada 2017, Jennifer memilih gaun L.Wells daripada koleksi pengantin 2018 jenama itu untuk menghadiri tayangan perdana filem Faces Places.
Ia menampilkan skirt ilusi daripada fabrik dotted Swiss dan lengan flutter renda jarang.
Untuk mengelakkan dirinya kelihatan seperti pengantin, pelakon ini memadankan gaun tersebut dengan rantai, sandal ringkas dan bibir rona terang.
Jennifer turut menyarung gaun pengantin L. Wells di majlis perkahwinannya dengan pemilik galeri seni, Cooke Maroney pada 2019.
Menurut majalah W, pereka fesyen jenama ini iaitu Lauren Wells adalah sepupunya sendiri.
0 Comments