Sentuhan Kemewahan Gemersik Juste un Clou oleh Cartier
Cartier sememangnya bersinonim kemewahan. Apabila berkata tentang barangan kemas bernada mewah, jenama Perancis ini pasti teratas di senarai. Pada tahun 70an, Aldo Cipullo telah menghasilkan gelang tangan bermotif paku (the Nail bracelet dari koleksi Juste un Clou) yang pertama di kota metropolitan New York. Beliau sememangnya bukan seorang yang mudah terpengaruh akan stail-stail norma pada era tersebut.
Karyanya, yakni koleksi Juste un Cleu telah menjadikan objek biasa itu sebagai sebuah rekaan seni di samping memberikan definisi baharu akan barangan utilitarian yang sering dikaitkan dengan sifat keberanian dan garang tersebut.
Kini, gaya Juste un Cleu itu menjadi salah satu motif paling ikonik dalam dunia barangan mewah. Koleksi ini didatangkan dengan berbagai-bagai kombinasi kalung leher dan gelang tangan seperti emas kuning, emas rose dan emas putih; Bagi mereka yang inginkan sentuhan yang lebih opulen pula, yang bertatahkan intan permata pasti membezakan penggaya yang mewah dan yang glamor.