9 Momen Fesyen Terbaik Rihanna & ASAP Rocky – Page 5 – Glam Malaysia
9 Momen Fesyen Terbaik Rihanna & ASAP Rocky

9 Momen Fesyen Terbaik Rihanna & ASAP Rocky

Minggu Fesyen Milan, Februari 2022

Aksesori boleh menyerikan atau merosakkan penampilan. Pasangan ini membuat kemunculan pertama di Minggu Fesyen Milan dalam aksesori unik, menjadikan gaya mereka lebih diingati. Pada pertunjukan Gucci, pelantun Fashion Killa itu menyarung persalinan serba hitam dan membimbit beg pakaian Gucci. Sementara itu teman wanitanya menggayakan baju crop lateks, kot berbulu dan seluar satin dengan cetakan naga merah. Rihana melengkapkan gayanya dengan rantai labuh emas putih 18-karat dan hiasan kepala metalik dramatik.

Rihanna dan ASAP Rocky

Foto: Getty Images