9 Momen Fesyen Terbaik Rihanna & ASAP Rocky
Met Gala, Mei 2023
Pasangan ini mungkin yang terakhir tiba di karpet merah, bagaimanapun penantian itu berbaloi kerana mereka menggayakan antara persalinan paling diingati malam itu. Rihanna menyarung gaun sutera kembang Valentino bersama jaket tebal terdiri daripada 500 kelopak bunga. Penampilannya diserikan dengan bibir merah menyala dan cermin mata bingkai putih berperincian bulu mata. ASAP Rocky pula memberi penghormatan kepada Karl Lagerfeld yang menjadi inspirasi kepada tema malam itu. Dia menyarung kilt merah klasik bersama celana denim berhias permata dan jaket hitam. Menurut Vogue, Karl Lagerfeld adalah peminat barangan tradisional Scotland dan pernah memakai kilt hampir serupa di pertunjukan fesyen Chanel Tokyo pada 2004.
Foto: Getty Images
0 Comments