Barisan Selebriti & Supermodel Ratapi Pemergian Pengasas Jenama Off-White, Virgil Abloh
Anak kelahiran Ghana ini mencipta sejarah sebagai lelaki Amerika berkulit hitam pertama yang dilantik sebagai pengarah artistik Louis Vuitton, jenama mewah Perancis.
Namanya menjadi sebutan setelah membawa dunia fesyen ke tahap baharu dengan memperkenalkan gaya jalanan seperti hoodies dan kasut sniker ke pentas peragaan.
Merupakan seorang bekas arkitek, Virgil menceburkan diri dalam industri fesyen pada 2012 sebelum mengasaskan jenama sendiri, Off-White yang memberi fokus pada gaya jalanan mewah setahun kemudian. Pada 2018, dia diangkat menjadi pengarah artistik buat koleksi pakaian lelaki Louis Vuitton.

Foto: Pascal Le Segretain
Foto: Pinterest
Baca: Virgil Abloh Dari Off-White Berkolaborasi Bersama IKEA
0 Comments