Taylor Swift Ungguli Senarai Selebriti Dengan Pendapatan Tertinggi 2019. So Who Else Make The Cut? – Glam Malaysia

Taylor Swift Ungguli Senarai Selebriti Dengan Pendapatan Tertinggi 2019. So Who Else Make The Cut?

[tps_header]

Taylor Swift is unstoppable! Forbes baru saja mengeluarkan senarai selebriti dengan pendapatan tertinggi dan Taylor Swift berada di tangga pertama! Majalah tersebut menganggarkan pendapatan Taylor meningkat 131% dengan jumlah kekayaan $185 juta, sedangkan tahun lalu beliau hanya memperolehi $80 juta.

Photo by Samir Hussein/Redferns)

Khabarnya, sebahagian besar kekayaan Taylor adalah menerusi konsert jelajah “Reputation”. Dari situ, Taylor memperolehi pendapatan sebanyak $266.1 juta, menjadikan konsert jelajahnya terlaris dalam sejarah Amerika Syarikat.

Di tangga kedua pula adalah Kylie Jenner, di mana dirinya mengutip pendapatan sebanyak $170 juta dolar sebelum tahun terakhir menerusi rangkaian produk kosmetiknya Kylie. Bahkan Forbes juga  baru-baru ini menyenaraikan Kylie jutawan termuda dalam sejarah.

Dan di tangga ketiga pula adalah Kanye West dengan jumlah pendapatan bersih sebesar $140 juta dolar sementara isterinya, Kim Kardashian berada di peringkat 26 dengan pendapatan sebanyak  $72 juta dolar.

Jom kita lihat siapa lagi yang tersenarai.

[/tps_header]

25. Drake – $75 million