BFF Gigi Hadid dan Kendall Jenner Bersatu Dalam Kempen FENDI
[tps_header]
Keakraban antara BFF Gigi Hadid dan Kendall Jenner bisa disaksikan tatkala mereka keluar makan bersama, menghadiri pertunjukan fesyen bersama, berparti dan banyak lagi situasi yang berbeza. Kali ini pula kedua-duanya membintangi kempen terbaru Fendi.
Hadid dan Jenner kedua-duanya boleh dilihat mengenakan koleksi musim luruh jenama itu dalam kempen yang diberi nama “F en Folie” yang bererti “Kegilaan dalam F.” Turut ditampilkan dalam foto-foto yang diambil oleh Karl Lagerfeld sendiri untuk kempen itu adalah monogram terbaru Fendi.
Mereka juga turut memperagakan aksesori yang datang sekali dengan koleksi tersebut seperti tas tangan, anting-anting, dan juga kasut but bertumit.
Imej-imej yang dikongsikan oleh Fendi membuatkan kami di GLAM lebih teruja untuk get our hands on mana-mana ceraian daripada koleksi tersebut walaupun Malaysia ini panas senantiasa.
Lihat imej-imej daripada kempen tersebut di bawah:
[/tps_header]