Fesyen Terbaik Di Istiadat Pertabalan Raja Charles III
Puteri Kate Middleton
Puteri Wales memilih busana daripada rumah fesyen kegemarannya, Alexander McQueen untuk digayakan pada hari bersejarah itu. Dia menyarung gaun krep sutera putih gading bersama bulion perak dan sulaman benang yang menampilkan motif bunga ros, thistle, daffodil dan shamrock – flora simbolik sama pada gaun Ratu Camilla. Puteri Kate memberi penghormatan kepada mendiang ibu mentua dan neneknya dengan menggayakan anting-anting Puteri Diana dan Kalung George VI milik Ratu Elizabeth. Dia menggantikan tiara dengan hiasan kepala sulaman daun tiga dimensi daripada Jess Collett x Alexander McQueen.

Foto: Getty Images
1 Comment