Cedok Inspirasi 5 Gaya Fesyen Ameera Khan Pilihan GLAM
Ameera Khan, gadis jelitawan yang bijak bergaya dan menjadi ikon fesyen anak muda hari ini. Ayuh lihat trend popular fesyen “Girlhood” yang dapat kami rumuskan pada gaya @littlemisskhan ini.
Jika tanya siapakah inspirasi wanita muda pilihan GLAM hari ini dalam berfesyen, sudah tentu Ameera Khan menjadi salah seorang kegemaran kami. Bijak bergaya dan tahu menyuai padan seiring dengan personalitinya membuatkan GLAM sangat adore dengan gadis manis ini. Kami merasakan gaya Ameera Khan lebih terdorong kepada gaya anak muda yang gemarkan minimalis dan dalam pada masa yang sama masih kelihatan fashionista dan stylish di mata yang memandang.
Inilah definisi ‘quite luxury’, trend terkini dalam berfesyen yang menjadi pilihan penggemar gaya moden di seluruh dunia hari ini. Bukan sahaja Ameera Khan, selebriti lokal seperti Zahirah MacWilson, Shalma Ainaa dan Bella Kuan antara yang memiliki gaya hampir sama seperti wanita ini. Dalam erti kata lain, trend ‘quite luxury‘ yang sebenarnya melonjak popular pada tahun yang lalu (dan dijangka bakal berterusan ke tahun ini), membawa maksud penggayaan minimal, namun menggayakan barang-barang yang diperbuat daripada kualiti premium dan mewah tanpa perlu menunjuk-nunjuk jenama yang disarung.
Jika anda mahu bergaya sama seperti Ameera Khan, ini adalah antara tip yang boleh anda amalkan untuk membina gaya anda yang tersendiri.