Gaya Selebriti Pilihan GLAM Minggu Raya 2024
Bagaimana sambutan perayaan Hari Raya 2024 anda dan keluarga setakat ini? GLAM kongsikan gaya selebriti yang bergaya manis dan segak sepanjang beraya minggu lalu!
Cukup meriah melihat gaya semua yang menyambut Lebaran pada tahun ini. Tidak kurang juga yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari istimewa ini bersama keluarga. Penuh di ruang garis masa Instagram saya dengan wajah-wajah ceria menyambut Raya 2024, ada yang pulang ke pangkuan keluarga, ada yang beraya pertama kali dengan pasangan tercinta, dan tidak kurang juga ada yang menyambut bersama ahli kecil terbaharu dalam keluarga mereka. Seronok!
Selain daripada teman-teman, saya tertarik melihat kemeriahan Raya yang disambut oleh para selebriti. Paling dinanti-nantikan, sudah semestinya untuk melihat foto keluarga selebriti pilihan GLAM seperti Marion Caunter, Scha Alyahya dan ramai lagi. Bukan itu sahaja, GLAM juga tertarik melihat gaya selebriti lelaki segak menyarung Baju Melayu seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Hun Haqeem dan ramai lagi. Ayuh GLAM kongsikan beberapa selebriti pilihan GLAM yang tampak amat manis dan segak sepanjang minggu raya 2024 ini!
Marion Caunter, Scha Alyahya & Ramai Lagi Selebriti Pilihan GLAM Bergaya Anggun Minggu Raya 2024 Ini
#1 Marion Caunter dan Keluarga
#2 Nadia Nasimuddin dan Keluarga
#3 Rozita Che Wan dan Keluarga
#4 Scha Alyahya dan Keluarga
#5 Rizman & Ruzaini bersama Keluarga
#6 Nabila Razali & Suami
#7 Yaya Zahir dan Keluarga
#8 Nadhir Nasar
#9 Hun Haqeem
#10 Raya 2024 Gaya Mierul Aiman
#11 Daiyan Trisha
#12 Shalma Ainaa dan Suami
#13 Amir Ahnaf