GLAM 101 : Vivacious Versace!
3. Bermula dengan hanya menjual koleksi himpunan wanita, Versace memperkukuhkan jenama dengan pelancaran koleksi lain. Di antaranya adalah himpunan musim luruh 1982 dengan rekaan dress yang menggunakan material logam untuk mencipta dress rantai. Melalui koleksi ini jugalah Gianni Versace dianugerahkan dengan anugerah tertinggi L’Occhio d’Oro. Versace juga melancarkan Versus Versace pada 1989, sebagai hadiah kepada Donatella untuk berekspresi gayanya pada jenama fesyen.

ELIZABETH HURLEY MENCIPTA MOMEN FESYEN DENGAN MENYARUNG DRESS VERSACE DENGAN PERINCIAN SAFETY PINS KETIKA MENGHADIRI TAYANGAN PERDANA FOUR WEDDINGS AND A FUNERAL
4. Versace juga adalah mengenai gaya hidup. Selain mempunyai koleksi barang rumah jenama ini juga membuka Palazzo Versace yakni hotel berstatus lima bintang yang berlokasi di Dubai, Australia dan juga akan dibuka di Macau.

SALAH SATU KAMAR SUITE DI PALAZZO VERSACE DI GOLD COAST.