GLAM Update Untuk Fall 2017 Couture Week – Page 3 – Glam Malaysia

GLAM Update Untuk Fall 2017 Couture Week

[tps_title]DIOR[/tps_title]

Maria Grazia Chiuri mempersembahkan koleksi adi busana keduanya di Hôtel des Invalides. Dan tema yang nyata setiap ceraian dalam koleksi ini adalah pengembaraan dan penerokaan. Sebuah etsa oleh Albert Decari dari tahun 1953 dariapd aarkib Dior juga memainkan peranan penting dalam penentuan tema koleksi ini.

 

Chiuri menggunakan pengalaman Monsieur Dior sewaktu dia mengembara ke serata dunia untuk mempelajari pelbagai jenis budaya supaya dia boleh menerapkannya ke dalam rekaannya. Seperti kata-katanya “koleksi yang sempurna harus melibatkan semua jenis wanita di setiap negara.”

 

Rona warna kelabu Dior mengukuhkan lagi konsep maskulin yang Chiuri cuba terapkan untuk melambangkan persona gadis-gadis Perancis.