GLAM Update Untuk Fall 2017 Couture Week – Page 5 – Glam Malaysia

GLAM Update Untuk Fall 2017 Couture Week

[tps_title]CHANEL[/tps_title]

Chanel yang tidak pernah gentar to go big dengan pertunjukan fesyen mereka telah menghasilkan replika Menara Eiffel setinggi 38 meter untuk dimuatkan di bawah siling gelas Grand Palais sebagai hiasan persembahan koleksi adi busana mereka.

 

Suasana pertunjukan tersebut telah direka untuk para jemputan merasakan aura Paris dengan kerusi-kerusi daripada taman-taman di Paris untuk vibe yang relaks dan bersahaja.

 

Jaket tweed ikonik Chanel kali ini datang dalam bentuk tunic panjang, cropped ataupun double-breasted dan pada lengannya dihiasi dengan pelbagai jenis elemen mengikut kreativiti Lagerfeld, terutamanya bulu pelepah. “Dalam koleksi ini, bulu pelepah digunakan seperit bulu-bulu biasa.”

 

Untuk gaya malamnya pula, Chanel menampilkan gaya-gaya dengan potongan geomatric, feminin dan di akhiri dengan gaya bridal yang sentiasa menjadi topik perbualan ramai walaupun pertunjukan itu sudha berakhir.