Inspirasi Bersahaja Jenna Lyons
Gambar: TPGVIP
Siapa tidak kenal akan Jenna Lyons? Pemangkin gaya androgyny juga Presiden dan Pengarah Kreatif J.Crew di mana gaya peribadinya bertanggungjawab merubah arus jenama itu lantas menjadikan label itu gah berdiri bersama jenama mewah lain. Terkenal dengan signature kaca mata serta gaya cukup bersahaja, Jenna Lyons kini tampil dengan gaya rambut baru yang terus memberi nada segar pada penampilannya.
Di tayangan perdana filem dokumentari Iris.
Sewaktu menghadiri malam gala 100 Individu Berpengaruh Dunia.
Menghadiri majlis makan malam The Center.
Gaya santai ketika menghadiri majlis MAC bersama Indochine.
Bersama Cynthia Rowley dan Karlie Kloss di tayangan perdana siri televisyen Girls.
Ketika menghadiri tayangan malam pembukaan filem Boyhood di BAMcinemaFest.
Gambar: TPGVIP