Kenali Enam Koleksi FOPE Yang Melengkapkan Gaya Shalma Ainaa – Page 5 – Glam Malaysia

Kenali Enam Koleksi FOPE Yang Melengkapkan Gaya Shalma Ainaa

THE PANORAMA COLLECTION

Pertama kali teknologi Flex’it bersama dengan material rantai emas ini diperkenalkan pada 2020 dengan rekaan yang lebih lebar dan rantai yang lebih halus. Ia memberi keselesaan apabila disarungkan. FOPE mahukan koleksi Panorama ini sebagai satu selebrasi tentang gaya elegan. Ada rekaan yang hadir dengan tatatah berlian indah. Tetapi buat wanita yang gemarkan gaya lebih kasual, boleh memilih rekaan yang kosong tanpa berlian.