Koleksi Terbaru Daripada Modest Wear UMMA – Page 3 – Glam Malaysia

Koleksi Terbaru Daripada Modest Wear UMMA

Azra Semi-Instant

Azra Semi-Instant adalah koleksi klasik yang memulakan perjalanan UMMA sejak daripada awal lagi. Koleksi ini hadir dengan anak tudung yang melekat sesuai dengan wanita moden dan sederhana yang gemarkan skarf on-the-go. Fabrik ini mempunyai sentuhan chiffon yang licin dan premium. Azra Semi-Instant melakukan penambahan 20 rona warna baru pada koleksi keseluruhannya.