5 Pilihan Persalinan Diraja Curi Tumpuan – Page 2 – Glam Malaysia

5 Pilihan Persalinan Diraja Curi Tumpuan

  1. Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

https://www.instagram.com/p/B0ijHZSHwa4/

Persalinan yang dipakai oleh Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, puteri bongsu kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah antara busana yang mencuri tumpuan ramai. Persalinan yang diperbuat daripada material Duchess Satin bersulaman renda Perancis itu pernah disarungkan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika Istiadat Pertabalan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Iskandar Al- Haj pada tahun 1984.