Louise Trotter Mengukir Jejak Baru Di Bottega Veneta
Pemindahan Matthieu Blazy ke Louise Trotter kini pengarah kreatif baru yang dijangka membawa estetik yang berbeza kepada Bottega Veneta.
Kitaran dalam dunia fesyen yang tidak akan berakhir. Louise Trotter telah dilantik sebagai badan pengarah kreatif Bottega Veneta pada penghujung Januari 2025. Dikenali sebagai pereka fesyen British yang merupakan kekuatan kreatif di sebalik Carven. Sebelum menjadi pengarah kreatif di Carven, Trotter menghabiskan lebih empat tahun sebagai pengarah kreatif di Lacoste. Trotter antara figura paling berbakat dan memberi inspirasi dalam dunia fesyen. Kepakarannya dalam menggabungkan inovasi dengan gaya fesyen yang moden dan penuh keyakinan menjadikannya pilihan sempurna dan menandakan babak baharu yang menarik untuk Bottega Veneta.
Lembaran Kreatif Baharu Bottega Veneta Dibawa oleh Louise Trotter
Trotter telah membentuk dirinya sebagai figura penting dalam dunia fesyen kontemporari. Sifat realistik inilah yang menjadi ciri utama Trotter. Bermula di Whistles, beliau kemudiannya mengukir nama di Calvin Klein Jeans dan Gap, mengasah gaya yang berani dan moden yang terus memikat hati ramai. Keberaniannya dalam mencipta keseimbangan antara inovasi dan kehendak pasaran menjadikannya pilihan sempurna untuk memimpin perubahan di Bottega Veneta.